Sesi aktiviti program Raudhatus Sakinah

Program
Kesedaran Umum


Lorem ipsum dolor sit amet consectetur. Volutpat mauris nec eget lacus cum bibendum cursus diam vel.

PROGRAM UMUM

Anda Bijak
Jauhi Zina (ABJZ)

Program pencegahan ‘Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)’ menumpukan usaha-usaha awal sebelum remaja terjebak ke dalam kancah permasalahan sosial.

Usaha ini dilakukan berterusan dengan kerjasama pihak sekolah, universiti serta badan korporat bagi tujuan penganjuran program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). ABJZ pada awalnya berbentuk kempen, telah dirasmikan pada tahun 2007.

Sambutan kempen ini semakin menggalakkan dan sentiasa mendapat sokongan yang daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Mulai tahun 2009, ia telah dimodulkan dengan penyampaian interaktif kepada remaja dan belia seluruh Malaysia.

Penceramah wanita Raudhatus Sakinah memegang mikrofon
Penceramah lelaki program ABJZ memegang mikrofon
Sesi aktiviti program Raudhatus Sakinah
Sesi aktiviti program Raudhatus Sakinah
Sesi aktiviti program Raudhatus Sakinah
Sesi aktiviti program Raudhatus Sakinah
Sesi aktiviti program Raudhatus Sakinah
Sesi aktiviti program Raudhatus Sakinah

Program bimbingan setempat untuk remaja sekolah

Program ABJZ berkonsepkan sesi interaktif yang membincangkan permasalahan gejala sosial di kalangan remaja dan bagaimana menanganinya.

Penerangan dan pendidikan tentang seks berlandaskan nilai agama serta penyakit-penyakit kelamin yang terjadi akibat seks bebas (zina). Program ini disusuli dengan penghayatan dan introspeksi diri agar mampu membina kesedaran dan perubahan dalam diri remaja belia Malaysia.

Sesi aktiviti program Raudhatus Sakinah

Program bimbingan dengan IPTA dan IPTS

Program dalam pelbagai bentuk yang menitik beratkan peranan mahasiswa dan mahasiswi dalam membentuk kebijaksanaan moral selain kecemerlangan akademik.

Sesi aktiviti program Raudhatus Sakinah

Program kesedaran bersama ibubapa dan guru

Program yang mengenengahkan isu-isu semasa keruntuhan moral di kalangan remaja serta membincangkan faktor penyebab dan langkah-langkah awal pencegahan.

Anda berhasrat untuk melaksanakan program ABJZ ini di tempat anda?

Penceramah program ABJZ