Sokong Usaha
Pemulihan Remaja
Puteri Malaysia
Raudhatus Sakinah merupakan pusat pemulihan dan perlindungan yang komited membimbing remaja puteri yang berdepan pelbagai cabaran sosial, emosi, dan rohani.
Melalui program bimbingan menyeluruh — merangkumi pembangunan karakter, kaunseling, dakwah, pemulihan emosi, dan latihan kemahiran — kami berusaha memberi peluang kedua kepada setiap gadis untuk kembali berdiri dengan yakin dan bermaruah.