PROGRAM UMUM
Anda Bijak
Jauhi Zina (ABJZ)
Program pencegahan ‘Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)’ menumpukan usaha-usaha awal sebelum remaja terjebak ke dalam kancah permasalahan sosial.
Usaha ini dilakukan berterusan dengan kerjasama pihak sekolah, universiti serta badan korporat bagi tujuan penganjuran program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). ABJZ pada awalnya berbentuk kempen, telah dirasmikan pada tahun 2007.
Sambutan kempen ini semakin menggalakkan dan sentiasa mendapat sokongan yang daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Mulai tahun 2009, ia telah dimodulkan dengan penyampaian interaktif kepada remaja dan belia seluruh Malaysia.