Program ABJZ

Program pencegahan ‘Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)’ menumpukan usaha-usaha awal sebelum remaja terjebak ke dalam kancah permasalahan sosial. Usaha ini dilakukan berterusan dengan kerjasama pihak sekolah, universiti serta badan korporat bagi tujuan penganjuran program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). ABJZ pada awalnya berbentuk kempen, telah dirasmikan pada tahun 2007. Sambutan kempen ini semakin menggalakkan dan sentiasa mendapat sokongan yang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Mulai tahun 2009, ia telah dimodulkan dengan penyampaian interaktif kepada remaja dan belia seluruh Malaysia.

4.2.1 Program bimbingan setempat untuk remaja sekolah

 Program ABJZ berkonsepkan sesi interaktif yang membincangkan permasalahan gejala sosial di kalangan remaja dan bagaimana menanganinya.Penerangan dan pendidikan tentang seks berlandaskan nilai agama serta penyakit-penyakit kelamin yang terjadi akibat seks bebas (zina). Program ini disusuli dengan penghayatan dan introspeksi diri agar mampu membina kesedaran dan perubahan dalam diri remaja belia Malaysia.

4.2.2 Program bimbingan dengan IPTA dan IPTS

 Program dalam pelbagai bentuk yang menitik beratkan peranan mahasiswa dan mahasiswi dalam membentuk kebijaksanaan moral selain kecemerlangan akademik.

4.2.3 Program kesedaran bersama ibubapa dan guru

 Program yang mengenengahkan isu-isu semasa keruntuhan moral di kalangan remaja serta membincangkan faktor penyebab dan langkah-langkah awal pencegahan.

 

Gambar ABJZ 2016 [1024x768]

Gambar ABJZ 2016 - 2 [1024x768]harian-metro-7hb-oktober-2016-rencana

Facebook Comments
FacebookTwitterGoogle+WhatsAppTumblrWeChatPinterestGoogle BookmarksShare