14051565_1205176279504681_7815401823023817364_n

Kunjungan Srikandi LHDN ke RS Selangor

Alhamdulillah, Raudhatus Sakinah Selangor menerima kunjungan daripada pegawai dan staf  Pusat Pemprosesan Maklumat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Kunjungan yang telah hadiri oleh 40 orang staf dan pegawai, diketuai oleh Puan Zabidah bt Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pusat Pemprosesan Maklumat LHDN.

Turut hadir juga Ustazah Sakdiah binti Muhammed Nusi, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI yang dijemput oleh LHDN untuk menyampaikan sesi tazkirah.

Para tetamu daripada LHDN juga telah mengadakan aktiviti memasak mee sup dan nasi ayam di Raudhatus Sakinah. Dalam masa yang sama, aktiviti membuat kraftangan telah dijalankan di mana pelatih-pelatih di RS Selangor berpeluang menyiapkan bantal kecil dengan corak tersendiri.

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu yang telah berkunjung ke Raudhatus Sakinah. Dikongsikan beberapa gambar sebagai tatapan.

 

Staf dan Pegawai LHDN yang telah hadir ke RS Selangor

 

Ummi Ros memberi aluan

 

Acara memasak oleh warga LHDN yang hadir

 

Ustazah Sakdiah daripada JAWI dijemput oleh LHDN untuk memberi perkongsian

 

Warden dan sukarelawan membantu

 

Puan Zabidah, Timb Pengarah Pusat Pemprosesan Maklumat LHDN bersama Puan Rosmawati Zainal, CEO Raudhatus Sakinah mempamerkan contoh kraftangan yang akan dibuat oleh adik-adik RS Selangor

Facebook Comments
FacebookTwitterGoogle+WhatsAppTumblrWeChatPinterestGoogle BookmarksShare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *