
Alhamdulillah semalam Raudhatus Sakinah diberi peluang berkongsi dalam rancangan Wanita Hari Ini segmen Bicara Hati: Penyesalan Remaja Mencari Sinar Baharu. Ummi Rose selaku Ketua Pegawai Eksekutif telah hadir bersama seorang pelatih Raudhatus Sakinah bagi berkongsi kisah & pengalaman hidup. Semoga para penonton mendapat iktibar.
22 Oktober 2016 – Badan Peer Kaunselor (PEERs) UiTM Shah Alam bersama kaunselor UiTM P.Pinang, UiTM Melaka, UiTM Pahang dan Kampus Sg Buloh telah ke Raudhatus Sakinah Selangor. Rombongan diketuai oleh En.Norhisham bin Ya’cob, Penasihat Badan Peer Kaunselor. Terima kasih atas kesudian hadir mengnjungi Raudhatus Sakinah Selangor. Dikongsikan gambar kunjungan:
Alhamdulillah, Raudhatus Sakinah Selangor menerima kunjungan daripada pegawai dan staf Pusat Pemprosesan Maklumat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Kunjungan yang telah hadiri oleh 40 orang staf dan pegawai, diketuai oleh Puan Zabidah bt Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pusat Pemprosesan Maklumat LHDN. Turut hadir juga Ustazah Sakdiah binti Muhammed Nusi, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, Continue reading
Kami mengucapkan terima kasih buat pemohon-pemohon dan pihak yang telah membantu menyebarkan poster iklan pencarian warden sepenuh masa kami. Selepas sehari dimuat naik, kami terpaksa MENUTUP IKLAN TAWARAN jawatan ini.
Pada 13 Mei, sebuah lawatan daripada rombongan YB Datuk Abdul Shukur bin Hj Idris, ADUN N13 Kuang bersama pegawai-pegawai dan jawatankuasa kampung berdekatan berlangsung di Raudhatus Sakinah Selangor. Terima kasih diucapkan kepada YB atas kesudian hadir berkenalan dan melihat Raudhatus Sakinah.